See through a different lens
Hidup kita dipenuhi dengan detik-detik bermakna, ada yang besar, ada juga yang sederhana namun semuanya wajar dikenang. Di UncleKay Photoworks, kami percaya setiap rakaman umpama helaian penanda dalam perjalanan hidup kita; merakam cinta, tawa dan ikatan dalam bentuk paling imej yang bercerita.
Inilah yang menjadi iltizam kami: membantu anda menyimpan bab-bab paling bermakna dalam hidup melalui visual yang abadi. Unclekay & Team adalah sebuah pasukan jurufoto dan cinematografi yang penuh semangat dan dedikasi berpusat di Utara Malaysia. Kami suka merakam emosi dan suasana kalian dalam bentuk lakaran gambar. Sama ada untuk pasangan, keluarga, mahupun program dan majlis istimewa. Kami berbesar hati untuk berkenalan dengan anda lebih dekat dan menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup anda, dengan mengabadikan momen yang paling berharga melalui lensa kami.
✨ UncleKay Photoworks – Merakam emosi, mengabadikan kisah anda. ✨
"UncleKay & Team are just incredible! During our trip to Turkiye, they captured every moment so naturally. Nothing ever felt staged or awkward—we were just being ourselves, and the photos turned out amazing. Looking back at them now, it really feels like reliving the best parts of our journey"
Unbelievable Best Photographer in Malaysia.
Official Photographer Anda
UncleKay & Team
Events, Wedding, Pre-Wedding & Lifestyle Photography in Malaysia
Di UncleKay Photoworks, kami bukan sekadar merakam gambar – kami merakam kisah cinta dan detik bermakna. Dengan pengalaman dalam fotografi perkahwinan, pra-perkahwinan, majlis rasmi, program kekeluargaan dan sesi potret, setiap hasil karya kami lahir daripada gabungan kreativiti, kerjasama dan keikhlasan untuk membina kepuasan terbaik kepada setiap pelanggan.
Kami percaya bahawa setiap gambar ada ceritanya. Itulah sebabnya kami sentiasa berusaha memastikan setiap sesi fotografi bukan sahaja menarik dipandang tetapi penuh dengan emosi dan kenangan abadi.
Berasaskan semangat dan minat terhadap seni fotografi, UncleKay & Team berpegang pada prinsip bahawa kebahagiaan yang terpancar dalam setiap foto adalah sesuatu yang tidak ternilai. Ia menjadi sumber inspirasi untuk kami terus memberikan yang terbaik, bila-bila masa dan di mana sahaja.
Program dan majlis rasmi, perkahwinan, pra-perkahwinan, mahupun fotografi bersama insan tersayang – semuanya adalah kejayaan kecil dalam perjalanan kami sebagai jurufoto. Kami berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada kenangan indah anda dan membantu menjadikan impian anda satu realiti.
Pre-Wedding
"Lifestyle & Moden"
“Menyingkap keindahan sebeum resepsi. Perkhidmatan fotografi pra perkahwinan yang merakam kisah cinta, impian dan perjalanan dua hati.
Wedding
"Elegan & Eksklusif"
“Abadikan hari istimewa anda dengan sentuhan seni. Fotografi perkahwinan kami menjadikan setiap momen sebagai karya agung yang diraikan oleh cinta"
Lifestyle Diaries
"Kasual, Penuh Cerita"
“Hidup ini penuh momen kecil yang bermakna. Kami menggabungkan gaya, emosi dan mencipta kenangan yang kekal relevan sepanjang zaman untuk sesi bersama anda"
Events
"Profesional & Berprestij"
“Sama ada majlis rasmi, program korporat atau acara komuniti, kami merakam detik penting dengan kemas, tersusun, dan penuh berwibawa sebagai rekod visual yang bernilai"
“Ingin tahu bagaimana kami mengabadikan detik menjadi kenangan?
Hubungi kami untuk merasai 'Magic' di sebalik pengalaman fotografi kami.