UncleKay Photoworks
Terma dan syarat ini adalah memorandum persefahaman antara UncleKay Photoworks (“jurugambar”) dan pelanggan. Anda dinasihatkan membaca dengan teliti sebelum membuat pengesahan tempahan perkhidmatan.
1.1 “Jurugambar” merujuk kepada jurugambar yang dilantik oleh UncleKay Photoworks sebagai jurugambar rasmi bagi majlis yang dipersetujui.
1.2 UncleKay Photoworks diketuai oleh Jurugambar Utama, UncleKay, bersama pasukan jurugambar senior dan junior.
1.3 Jurugambar Utama hanya akan bertugas untuk pakej tertentu dan tertakluk kepada ketersediaan berasaskan prinsip first-come-first-served.
1.4 Sekiranya jadual Jurugambar Utama penuh atau berlaku halangan, tugasan akan diambil alih oleh jurugambar senior.
1.5 Jika pada hari majlis jurugambar yang dilantik tidak dapat hadir atas sebab kecemasan, sakit atau halangan luar kawalan, jurugambar pengganti yang berkelayakan akan ditugaskan.
2.1 “Pelanggan” merujuk kepada individu atau pihak yang melantik UncleKay Photoworks. Jika pakej ditaja, penaja secara automatik dianggap pelanggan.
2.2 Pelanggan bertanggungjawab memberi maklumat lengkap majlis (tarikh, masa, alamat, peta lokasi, nombor telefon dan sebagainya).
2.3 Pelanggan perlu memastikan lokasi dan keadaan subjek sesuai untuk fotografi.
2.4 UncleKay Photoworks tidak bertanggungjawab terhadap kekurangan foto berpunca daripada faktor luar seperti pencahayaan lemah, latar belakang kurang sesuai, solekan tidak memuaskan atau lain-lain keadaan. Namun, kami akan tetap berusaha menghasilkan foto terbaik.
3.1 Perkhidmatan adalah berdasarkan pakej yang dipersetujui.
3.2 Tempoh liputan bergantung kepada pakej dan jadual majlis.
3.3 Caj tambahan dikenakan untuk perkhidmatan di luar pakej asal.
3.4 Perkhidmatan tidak termasuk konsultasi mesyuarat. Caj tambahan mungkin dikenakan sekiranya perlu hadir mesyuarat.
3.5 Penghantaran album atau produk tidak termasuk dalam pakej, melainkan dipersetujui.
3.6 Jika tempahan dibuat melalui pihak ketiga, UncleKay Photoworks tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan maklumat.
4.1 Suntingan terhad kepada pelarasan warna, saiz imej, kecerahan, kontras, hue/saturation dan tona asas (contoh: hitam putih, retro, vintage).
4.2 Kami tidak melakukan manipulasi ekstrem seperti superimpose, pengubahsuaian fizikal wajah/badan, atau mengubah imej asal secara drastik.
4.3 Segala suntingan dibuat berdasarkan pengalaman dan kreativiti UncleKay Photoworks tanpa rundingan awal.
4.4 Rekabentuk album dibuat berdasarkan kreativiti bebas pasukan kami.
4.5 Pelanggan boleh memilih imej untuk album mengikut syarat dan proses yang ditetapkan.
5.1 Deposit sebanyak 30% diperlukan bagi mengesahkan tempahan. Tempahan hanya disahkan selepas deposit diterima.
5.2 Deposit tidak dikembalikan jika pelanggan membatalkan tempahan.
5.3 Bayaran kedua (30%) perlu dijelaskan sebulan sebelum majlis.
5.4 Baki akhir (40%) perlu dijelaskan pada hari majlis atau dalam tempoh seminggu selepasnya. Proses suntingan hanya bermula selepas baki dijelaskan.
5.5 Caj perjalanan/penginapan akan dikenakan bagi majlis di luar kawasan.
5.6 Pembayaran boleh dibuat melalui bank transfer, tunai, direct debit atau cek.
5.7 Slip bayaran perlu disimpan sebagai bukti. Resit rasmi akan dikeluarkan untuk pembayaran tunai/cek.
6.1 Tempoh siap produk adalah 8–12 minggu, tertakluk kepada musim puncak.
6.2 Produk hanya disiapkan selepas semua bayaran dijelaskan.
6.3 Pelanggan akan dimaklumkan apabila produk sedia untuk diambil.
6.4 Produk perlu diambil di lokasi UncleKay Photoworks. Penghantaran boleh dipertimbangkan dengan caj tambahan.
6.5 Penghantaran melalui kurier/delivery apps tertakluk kepada caj pelanggan. UncleKay Photoworks tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan ketika penghantaran.
6.6 Softcopy imej akan diberikan melalui Google Drive untuk dimuat turun dalam tempoh ditetapkan.
6.7 Jika pelanggan mahu pendrive, kos tambahan akan dikenakan.
7.1 Produk fizikal (album, DVD, frame) diberi jaminan selama sebulan daripada tarikh siap.
7.2 Kami tidak bertanggungjawab atas kerosakan akibat kecuaian pelanggan atau penghantaran kurier.
7.3 Produk yang tidak diambil dalam tempoh 30 hari selepas dimaklumkan tidak dijamin keselamatannya.
8.1 Sebutharga sah untuk tempoh 21 hari sahaja.
8.2 UncleKay Photoworks berhak menggunakan imej untuk tujuan promosi, pemasaran dan portfolio (website, media sosial, blog, cetakan).
8.3 Tetamu tidak dibenarkan menggunakan telefon bimbit untuk mengambil gambar di hadapan jurugambar rasmi semasa majlis.